Begini-lah cara hidup seorang pelajar universiti di tanah orang. Pejam mata sahaja sudah Bulan Mei.. hampir separuh semester sudah berlalu tanpa menyedarinya. Yang dulunya, kalau sehari tak main bola tak boleh bernafas; kini sudah berubah. Walaupun sangat merindui masa lalu, terpaksa juga berubah ikut situasi. Yang paling sedih, walaupun banyak masa yang melabur dalam pelajaran..tetapi hasilnya.. masih tidak memuaskan.
Apa erti hidup?
Apa erti usaha?
Apa erti redha?



fikirkan sejenak betapa penting maksud tawakal dan takwa dalam hidupan kita seharian. Cuba fikirkan ujian yang telah di hadapi olih para nabi dan rasul walau pun mereka pilihan tuhan. Di sebalik ujian itu mungkin ada kebaikan yang kita tak dapat menghitungi makna nya itu sekarang.Hanya tuhan yg mengetahui... amin
Posted by: lebai kerdil | May 03, 2009 at 04:22 PM